Thursday, October 15, 2009

Tenaga dalam kehidupan kita

Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, tetapi boleh dipindah dalam bentuk yang lain.

Sumber dan Asal Tenaga

Sumber tenaga ialah bahan-bahan api yang boleh digunakan untuk memberikan kita cahaya, penyejukan, gerakan dsb. Semua tenaga berasal daripada matahari dan didapati dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk pelbagai tujuan

Sumber tidak boleh diperbaharui (bahan api fosil)

Sumber yang akan habis dan terbentuk menerusi pereputan tumbuhan dan haiwan sejak berjuta-juta tahun

•Minyak

•Gas

•Arang batu

•Uranium

Sumber diperbaharui

Sumber yang boleh diperbaharui

•Tenaga suria (cahaya matahari)

•Biojisim (pokok, tumbuhan, tanaman)

•Angin

•Hidro dan gelombang

•Bahan buangan

Sumber Tenaga

Sumber bagi tenaga primer yang memberi kuasa kepada dunia moden masa kini terdapat dalam pelbagai bentuk dan sumber ini termasuklah bahan api fosil (seperti batu arang, minyak dan gas asli), sumber tenaga yang boleh diperbaharui (seperti angin, suria, hidro dan biojisim), dan kuasa nuklear.

Tenaga primer biasanya ditukar menjadi tenaga sekunder seperti elektrik, wap, penyejukbekuan dsb. untuk kegunaan komersial yang produktif.

Di Malaysia kira-kira 90% kuasa elektrik dijanakan daripada bahan-bahan fosil yang tidak boleh diperbaharui.

Pengeluaran utama tenaga elektrik negara

•Bagi menghasilkan 1 unit tenaga elektrik, lebih daripada 2 unit tenaga gas mesti digunakan.

•Lebih separuh daripada tenaga disingkirkan sebagai haba buangan.

Apakah sumber tenaga yang digunakan di Malaysia dan untuk apa (1999)?

No comments:

Post a Comment