Friday, October 16, 2009

“Green Energy” di Malaysia


Promosi TD adalah satu cara untuk memastikan pembangunan “green energy” di Malaysia. Promosi EE terutama di sektor industri, perniagaan dan institusi akan menurunkan peningkatan keperluan tenaga fosil dan permintaan yang mengurang, akan menurunkan penggunaan sumber tenaga 4 (gas, minyak, arang batu dan hidro). Ini adalah satu cara begi tercapainya pembangunan “green enery” di Malaysia.

Kedua-dua TD & KT adalah dilihat sebagai usaha Mesra Alam Sekitar atau Mesra “climate change”.

Sehubungan dengan ini Malaysia telah melangkah dan akan terus komited dalam pelaksanaan projek-projek KT & TD yang dibiayai bersama oleh Global Environment Facility (GEF).

Kebaikkan KT & TD.

Memperoleh manfaat kewangan

Perlaksanaan KT secara berkesan akan memberikan Negara memperolehi Penjimatan kewangan secara langsung bagi kos berkaitan dengan tenaga untuk pengguna yang beranggar RM 1 bilion; dan

Penjimatan secara tidak langsung dengan cara mengelak pelaburan dalam prasarana untuk pelbagai kegunaan yang bernilai lebih daripada RM 5 bilion dalam tempoh yang sama.

Menjimatkan bahan api fosil

Dengan menggunakan tenaga dengan cekap, bukan sahaja keseluruhan penggunaan bahan api dapat dipulihara tetapi hayat lebihan bahan api fosil yang mudah pupus dapat dilanjutkan.

Kesemua tindakan ini akan menyebabkan penjimatan kos bahan api dan tenaga negara untuk para pengguna tenaga.

Memelihara alam persekitaran

Jumlah karbon dioksida (CO2) yang banyak, gas rumah-hijau, dilepaskan ke atmosfera daripada bahan api fosil yang dibakar untuk penjanaan kuasa elektrik. Memandangkan tidak semua gas ini dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan organisma lain, peningkatan jumlah CO2 yang berlaku dalam atmosfera memerangkap haba daripada matahari dan menyumbang kepada pemanasan di seluruh dunia.

Pembakaran bahan api fosil juga mengeluarkan sulfur oksida (SOx) dan nitrogen oksida (NOx) ke atmosfera, dan kedua-dua bahan cemar ini didapati boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran CO2 dianggarkan dapat dikurangkan sebanyak kira-kira 3.1 juta tan dengan hanya mengamalkan strategi KT bagi memperbaiki kecekapan penggunaan tenaga sebanyak kira-kira 10%.

Usaha ini memerlukan pelaksanaan KT dengan lebih berkesan yang meliputi usaha-usaha kawalan yang rapi terutama di sektor industri, perniagaan dan premis pentadbiran. Pengurusan Tenaga secara berkesan seumpama menjalankan program audit tenaga, dan pengimplementasian program penjimatan tenaga (energy saving measures) secara menyeluruh.

Memperbaiki rizab mata wang asing bagi negara kita

Apabila EE berjaya diamalkan, tidaklah banyak wang yang akan dibelanjakan ke atas bahan api import dan dengan ini mengurangkan jumlah wang yang mengalir keluar daripada negara. Segala usaha untuk memperoleh sumber-sumber tempatan seperti gas asli boleh diteliti dan hasilnya boleh dieksport bagi mendapatkan pertukaran mata wang asing.

No comments:

Post a Comment