Monday, September 9, 2013

Dialog Pengajian Tinggi Malaysia - Palestin : 13 ahli akademik Malaysia ke Gaza

Dialog Pengajian Tinggi Malaysia-Palestin telah berlangsung di Universiti Islam Gaza Palestin pada 22-25 Jun 2013. Deligasi berada di Gaza selama lima hari dan beberapa lawatan dan penyerahan sumbangan dari rakyat Malaysia untuk beberapa pusat pengajian tinggi dan sekolah telah turut di adakan.

Islamic University of Gaza (IUG) adalah universiti yang terunggul di Gaza yang berada di tengah-tengah bandaraya Gaza. Para delegasi Malaysia di bawa melawat IUG dan bertemu dengan presiden Gaza, iaitu Prod Dr Kamalain.


Hari kedua Deligasi Dialog Pengajian TInggi Malaysia-Palestin dan juga Misi A2G17-MyAM (Malaysian Academic Mission), membentangkan status pengajian tinggi di dunia dan di kedua-dua negara. Presiden IUG sendiri menjelaskan pelbagai maklumat, status, pencapaian serta cabaran di dalam pendidikan IPT di Gaza. 


VC Islamic Universiti Al-Bokhari, Tan Sri Prof Dzulkifli Razak pula membentangkan kelemahan-kelemahan pendidikan tinggi deserata dunia yang telah meninggalkan pelbagai prinsip penting didalam pendidikan sehingga peranannya jauh dari yang sewajar dicapai. Beberapa wakil universiti-universiti lain di Palestin turut membentang kertas kerja. Wakil kementerian pelajaran Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Razak pula memebincangkan bagaimana proses Malaysia melalui proses assimilasi dan transformasi didalam pendidikan negara serta peranan yang mungkin dapat dimainkan Malaysia di dalam membantu pendidikan di Palestin. 


Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia dan Aqsa Syarif telah membentangkan kertas kerja bertajuk "“Malaysians Response To The Need Of Financial Support In Educational Sector In Palestine - Aqsa Syarif Experiences”. Kertas kerja ini membentangkan bagaimana Aqsa Syarif telah memulakan sumbangan di dalam sektor pendidikan di Gaza selepas beberapa kali serangan Israel ke atas Gaza. 


Hampir RM4juta telah disumbangkan rakyat malaysia melalui Aqsa Syarif di dalam membangun sektor pendidikan Terkini ialah bentuan pembangunan kepada univ Al-Aqsa dan universiti College of Applied Sc gaza. bantuan biasiswa juga diberikan kepada 2 universiti di Gaza juga pelajar-pelajar Palestin di Malaysia.


Bersempena Dialog Pengajian Tinggi Malaysia-Palestin yang berlangsung di Universiti Islam Gaza (22-25 Jun 2013), Ahli Board of Trustee Aqsa Syarif yang juga Pensyarah UTM yang menjadi salah seorang delegasi Dialog telah dapat menyempurnakan penandatangani dan penyerahan wang tunai kepada pengerusi pemegang amanah persatuan anak-anak yatim Palestin yang menyelenggarakan dan mengurus Sekolah As-Solah dan Sekolah Siti Khadijah di Deir Al-balah gaza. Majlis disaksikan wakil-wakil PERINTIS dan Felo Penyelidik Kementerian Pelajaran Malaysia. 


Aqsa Syarif memetrai persetujuan membantu projek menaiktaraf makmal-makmal di sekolah -sekolah berkenaan. Turut hadir ialah guru-guru, murid-murid (sekolah ini adalah sekolah anak-anak yatim seluruh Gaza), penasihat Persatuan, Abu Ussamah Ahmad Al-Qurds dan guru-guru serta ibu bapa. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan ke akaun Aqsa Syarif Berhad.


Ahli Board of Trustee Aqsa Syarif yang juga Pensyarah UTM yang menjadi salah seorang delegasi Dialog telah telah turut menyempurnakan penandatangani persefahaman dan penyerahan sebahagian dari wang tunai kepada pendaftar University Islam gaza (IUG). 


Majlis berlangsung di dewan mesyuarat senat IUG dengan disaksikan wakil Vice Chanselor International University Al-Bokhari Tan Sri Dato' Dzulkifli Razak dan Presiden IUG. Aqsa Syarif dan USIM yang diwakili Prof Madya Dr Norita mewakili USIM memetrai persetujuan membantu membiayai biasiswa 10 pelajar IUG di dalam pengajian ijazah pertama yang memakan masa 4 tahu pengajian. 



Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan ke akaun Aqsa Syarif Berhad. Tahniah kepada Pihak pentadbiran USIM dan warga USIM. Ini adalah buat pertama kali pengemblingan tenaga dan perkongsian pintaran di antara NGO dan Universiti di Malaysia yang menyumbang biasiswa pelajar Palestin di Gaza.

Bersempena dialog pengajian tinggi Malaysia-Palestin, Aqsa Sarif telah memertai perjanjian bagi penyempurnaan pembinaan kompleks dewan kuliah dan masjid di kampus Universiti Al-Aqsa Gaza. Majlis berlangsung di pejabat Naib Chanselor Al-Aqsa University dengan disaksikan wakil kementerian Pelajaran Malaysia, Prof Madya Abdul Dr Abdul Razak Ahmad dan Vice Chanselor International University Al-Bokhari Tan Sri Dato' Prof Dzulkifli Razak. 


Projek ini juga disebut di dalam ucapan Vice Chanselor Al-Aqsa ketika lawatan YAB Perdana Menteri Malaysis Dato' Sri Mohd najib Razak ke Gaza.


Ahli Board of Trustee Aqsa Syarif yang juga Pensyarah UTM yang menjadi salah seorang delegasi Dialog telah dapat menyempurnakan penandatangani dan penyerahan cek kepada presiden University College of Applied Science (UCAS). 


Majlis berlangsung di dewan besar UCAS dengan disaksikan wakil kementerian Pelajaran Malaysia, Prof Madya Abdul Dr Abdul Razak Ahmad dan Vice Chanselor International University Al-Bokhari Tan Sri Dato' Dzulkifli Razak. Aqsa Syarif memetrai persetujuan membantu pembelian prasarana penjana elektrik, menaik taraf makmal perubatan dan menaja biasiswa untuk 10 pelajar di UCAS. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan ke akaun Aqsa Syarif Berhad.























1 comment:

  1. Penulisan essei banyak digunakan oleh pelajar-pelajar Universiti bagi menyiapkan sesebuah tesis. Mereka sering melayari this website jika ada sebarang masalah semasa menyiapkan kertas kerja. Mereka ini terdiri daripada pakar yang bertauliah mengikut piawaian.
    Harap dapat membantu anda semua!

    ReplyDelete