China yang sangat pesat membangun perlukan tenagan alternatif (tenaga diperbaharui - Renewable Energy = RE) untuk memastikan kelangsungan generasi hadapan menikmati kehidupan. Kini penduduk China berjumlah 1.300,000,000 (1.3 bilion) bergantung kepada tenaga fosil di dalam penjanaan tenaga elektrik. SD China 2013 adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pekajar universiti dan masyarakat umum. Beberapa inisiatif sedang digerakkan di China dan mereka mensasarkan pengurangan Emissi Karbon pada setiap unit GDP negara dengan sasaran pengurangan 17% emissi Karon pada 2015. Sepanjang perjalanan team Solar Home Utm ke Datong dari Beijing dan ke Tembuk Besar China untuk singgah melawat sekembali ke Beijing kami saksikan ladang tenaga angin yang bertujuan menghasilkan tenaga elektrik melalhu kaedah RE. Banyak syarikat dari Jerman, USA dan Eropah datang mencari peluang menjayakan projek tenaga solar dan membuka kilang di China.
Monday, November 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment