Sunday, February 3, 2013

Proposed School Design for Gaza - "Rythm of Tomorrow"







Menyambut Delegasi Islamic University Gaza di KLIA

Jumaat, 1 Feb 2013, Deligasi Islamic University Gaza (IUG) yang diketuai presidennya sendiri iaitu Prof. Dr Kamalain Shaath telah tiba bersama penyelaras perhubungan luar IUG Prof. Dr Wasem Ahmad di lapangan terbang KLIA dan disambut oleh pengerusi dan ahli-ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Dr Ir Selamat Aliman, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan Tn Hj Yusof Suratman. 






Delegasi University College of Applied Science (UCAS) Gaza Melawat Malaysia


Delegasi University College of Applied Science (UCAS) Gaza yang terdiri dari Dr Kamal H. Abo Own (Vice Rector for Planning and External Relations Affairs); Dr Ahmed Z Kordia dan Dr Ahed A. Abu Al-Ala telah berkesempatan membuat kunjungan ke Ibu Pejabat Aqsa Syarif pada 30 Jan 2013.

Mereka adalah di dlam rangka lawatan ke beebrapa IPT di Malaysia untuk meninjau peluang kerjasama dan mendapatkan bantuan kepakaran serta kewangan dari Malaysia.

Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar mewakili Board of Trustee Aqsa Syarif menemui delegasi dari UCAS membincangkan beberapa cadangan bantuan yang mungkin dapat diberikan oleh pihak di Malaysia kepada UCAS.