Friday, October 16, 2009

FACTS ABOUT ENERGY EFFICIENCY

FACTS ABOUT ENERGY

· · Most commercial and industrial firms use energy more than they need.

· · Efficient use of energy means an increase in profit and business competitiveness.

· · Methods used to improve energy efficiency are wide ranging and easily implemented.

· · Improved energy efficiency leads to reduce environmental impact.

· · Energy is scarce resource, therefore its costs is ever increasing.

· · Adoption of a strategic Energy Management planning guarantees the sustainability of the drive for energy efficiency in an organisation.


WHY THE NEED FOR BETTER ENERGY MANAGEMENT IN YOUR FACILITIES

· · An opportunity to increase profit simply by reducing energy cost.

· · The industrial and commercial sectors remain the largest energy users.

· · Growth in energy cost in tandem with growth in business or production.

· · The ever increasing costs of energy.

· · Satisfy Government requirements for efficient use of energy by large energy users.

Copied from Eco Energy Web peg.

JIMAT TENAGA: PERANAN AHLI PROFESIONAL

Ahli-ahli profesional seperti akitek dan jurutera boleh mengawal pembaziran tenaga melalui rekabentuk bangunan yang lebih berkesan serta keupayaan menggunakan sumber semula jadi (pencahayaan dan pengudaraan semulajadi) secara berkesan.

Pemilik bangunan dan pemaju harus tidak menumpukan keuntungan semata-mata dalam projek pembangunannya, mereka harus bekerjasama dengan pihak perunding (terutamanya arkitek) dalam membuat penentuan lokasi dan rekabentuk bangunan serta memilih bahan bangunan yang boleh menjimatkan tenaga.

Banyak kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti mendapati banyak bangunan-bangunan kediaman dan perdagangan di Malaysia hari ini tidak menepati ciri-ciri tempatan dan tidak berkecekapan tenaga iaitu tidak menjimatkan tenaga.

Rekabentuk bangunan di Malaysia seharusnya berasas dan berteraskan iklim tropika di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang perlu difahami oleh para perekabentuk atau arkitek. Iklim di Malaysia yang bersifat panas lembab, mempunyai hujan yang lebat serta angin yang sentiasa bertiup kencang mempunyai potensi semula jadi yang boleh diambil kira oleh arkitek, dan sebaliknya ancaman iklim yang perlu di atasi melalui rekabentuk bangunan yang berdaya tahan.

Iklim di Malaysia mempunyai kelembapan relatif lebih 80% dan suhu yang panas sepanjang tahun lebih 30 darjah C merupakan keaaan tahap persekitaran yang kurang selesa. Pada umumnya kita akan merasa selesa di dalam ruang atau persekitaran yang bersuhu udara antara 25.5 – 28 darjah C dengan kelembapan relatif sekitar 70%.

Perbedaan persekitaran luaran dan keperluan dalaman ini menjadi cabaran kepada para arkitek dalam usaha untuk merekabentuk bangunan yang baik dan selesa. Arkitek yang pada lazimnya merekabentuk bangunan harus berusaha menjadikan suhu dalaman bangunan selesa untuk pengguna. Cara yang lazim pada hari ini ialah dengan pemasangan alat pendingin hawa. Ia mudah untuk menurunkan suhu, terutama dimusim panas, namun ianya melibatkan pembelian tenaga elektrik yang banyak.

Arkitek

Rekabentuk rumah melayu pada umumnya adalah contoh yang agak baik di dalam mewujudkan persekitaran semulajadi yang selesa di dalam rumah. Bahan binaan tempatan, rekabentuk bumbung yang curam, bukaan tingkap yang banyak, ruang-ruang yang terbuka, lantai yang ditinggikan dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan mewujudkan suasana yang selesa. Pendekatan yang serupa harus dijadikan asas dalam rekabentuk walaupun perlu kepada beberapa penyesuaian di dalam menghadapi berbagai kekangan untuk memenuhi keperluan pembangunan dan cabaran ekonomi yang praktikal.

Penjimatan melalui pengudaraan semula jadi.

Rekabentuk bangunan yang menerapkan bukaan tingkap tertentu pada dinding akan membolehkan pengaliran udara semula jadi bagi mewujudkan penyejukan dalaman. Amalan ini dapat dilihat pada rekabentuk rumah-rumah melayu. Bukaan pada bumbung dan rekabentuk telaga udara atau ‘court-yard’ juga berupaya mewujudkan suasana dalam bangunan menjadi selesa.

REKABENTUK BANGUNAN YANG MENJIMATKAN TENAGA

Penggunaan kaca atau dinding yang terdedah dengan pancaran matahari langsug menjadi faktor menaikkan suhu dalaman bangunan. Sepatutnya rekabentuk peneduhan untuk bukaan seperti tingkap dan dinding cermin, akan berupaya mengurangkan pengaliran haba ke dalam bangunan.

Terdapat sebilangan arkitek yang tidak peka terhadap keperluan tersebut, sebagai langkah mengatasi ketidak selesaan kediaman, lazimnya pemilik kediaman akan memasang peneduhan tambahan yang mana kesannya sering mencacatkan pandangan.

Satu ciri penting dalam rekabentuk yang berteraskan iklim tropika ialah bangunan harus mempunyai orientasi Timor-Barat bagi menghalang pancaran matahari perintensiti tinggi memancar terus ke bahagian dinding yang luas. Sebaliknya orientasi Utara-Selatan lebih menibulkan masalah kerana menyebabkan peningkatan suhu dalaman bangunan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan oleh penghuni bangunan.

ORIENTASI UTARA-SELATAN MENYEBABKAN KEPANASAN YANG TINGGI DALAM BANGUNAN

Penanaman pokok-pokok dan lanskap disekitar bangunan juga boleh mewujudkan perekitaran yang redup dan penurunan suhu persekitaran yang signifikan. Dengan pengurangan suhu persekitaran ia membantu mewujudkan iklim-mikro yang lebih nyaman dan sejuk. Ini secara langsung akan membantu mengawal penyejukan dalaman bangunan.

Dari segi pencahayaan yang juga perkara penting untuk mewujudkan persekitaran dalam bangunan yang baik, kita memerlukan pencahayaan yang sesuai bagi melakukan kerja di dalam bangunan. Rekabentuk yang baik pada bukaan tingkap akan mengizinkan pencahayaan asli di bawa ke dalam bangunan dan pengurangan dalam penggunaan cahaya elektrik.

Beberapa pendekatan yang dijelaskan di atas jika dilaksanakan akan berupaya menggurangkan pembelian tenaga elektrik bagi maksud mendinginkan persekitaran dalaman bangunan dan pencahayaan. Dengan secara langsung kita akan menjimatkan kos utiliti dan mengurangkan memelihara alam sekitar melalui pengurangan pebakaran tenaga fosil bagi menghasilkan elektrik yang kita beli.

“Green Energy” di Malaysia


Promosi TD adalah satu cara untuk memastikan pembangunan “green energy” di Malaysia. Promosi EE terutama di sektor industri, perniagaan dan institusi akan menurunkan peningkatan keperluan tenaga fosil dan permintaan yang mengurang, akan menurunkan penggunaan sumber tenaga 4 (gas, minyak, arang batu dan hidro). Ini adalah satu cara begi tercapainya pembangunan “green enery” di Malaysia.

Kedua-dua TD & KT adalah dilihat sebagai usaha Mesra Alam Sekitar atau Mesra “climate change”.

Sehubungan dengan ini Malaysia telah melangkah dan akan terus komited dalam pelaksanaan projek-projek KT & TD yang dibiayai bersama oleh Global Environment Facility (GEF).

Kebaikkan KT & TD.

Memperoleh manfaat kewangan

Perlaksanaan KT secara berkesan akan memberikan Negara memperolehi Penjimatan kewangan secara langsung bagi kos berkaitan dengan tenaga untuk pengguna yang beranggar RM 1 bilion; dan

Penjimatan secara tidak langsung dengan cara mengelak pelaburan dalam prasarana untuk pelbagai kegunaan yang bernilai lebih daripada RM 5 bilion dalam tempoh yang sama.

Menjimatkan bahan api fosil

Dengan menggunakan tenaga dengan cekap, bukan sahaja keseluruhan penggunaan bahan api dapat dipulihara tetapi hayat lebihan bahan api fosil yang mudah pupus dapat dilanjutkan.

Kesemua tindakan ini akan menyebabkan penjimatan kos bahan api dan tenaga negara untuk para pengguna tenaga.

Memelihara alam persekitaran

Jumlah karbon dioksida (CO2) yang banyak, gas rumah-hijau, dilepaskan ke atmosfera daripada bahan api fosil yang dibakar untuk penjanaan kuasa elektrik. Memandangkan tidak semua gas ini dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan organisma lain, peningkatan jumlah CO2 yang berlaku dalam atmosfera memerangkap haba daripada matahari dan menyumbang kepada pemanasan di seluruh dunia.

Pembakaran bahan api fosil juga mengeluarkan sulfur oksida (SOx) dan nitrogen oksida (NOx) ke atmosfera, dan kedua-dua bahan cemar ini didapati boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran CO2 dianggarkan dapat dikurangkan sebanyak kira-kira 3.1 juta tan dengan hanya mengamalkan strategi KT bagi memperbaiki kecekapan penggunaan tenaga sebanyak kira-kira 10%.

Usaha ini memerlukan pelaksanaan KT dengan lebih berkesan yang meliputi usaha-usaha kawalan yang rapi terutama di sektor industri, perniagaan dan premis pentadbiran. Pengurusan Tenaga secara berkesan seumpama menjalankan program audit tenaga, dan pengimplementasian program penjimatan tenaga (energy saving measures) secara menyeluruh.

Memperbaiki rizab mata wang asing bagi negara kita

Apabila EE berjaya diamalkan, tidaklah banyak wang yang akan dibelanjakan ke atas bahan api import dan dengan ini mengurangkan jumlah wang yang mengalir keluar daripada negara. Segala usaha untuk memperoleh sumber-sumber tempatan seperti gas asli boleh diteliti dan hasilnya boleh dieksport bagi mendapatkan pertukaran mata wang asing.

Thursday, October 15, 2009

Tenaga Diperbaharui (TD)

Tenaga Suria: Photovoltaic & Solar Heating

Biojisim: bahan buangan dari kelapa sawit

Sumber hidro

Sumber Angin

Jmat Elektrik

Kecekapan Tenaga (KT)

Definisi KT

Penggunaan tenaga secara cermat dan bijaksana untuk menjamin bekalan tenaga yang berterusan tanpa menjejas produktiviti atau kualiti hidup.

Contoh praktis KT di rumah.

•Mengenakan pakaian yang sesuai

•Memasang kipas dan bukannya penyaman udara

•Memastikan suhu bilik tidak rendah daripada 24°C

•Berada hanya di bilik yang sejuk

•Menghadang tingkap daripada dedahan sinaran matahari

Contoh praktis KT di tempat kerja.

· Pengurusan tenaga.

· Penggunaan alatan yang berkecekapan tenaga tinggi.

· Penggunaan semula tenaga yang diguna dalam proces pembuatan.

Kebaikkan KT

•Meningkatkan kualiti hidup.

•Meningkatkan servis.

•Menjimatkan kos/wang.

•Menjamin bekalan tenaga berterusan

•Mengurangkan import bahanapi dari luar negara

•Tenaga yang berlebihan boleh di eksport untuk menambahkan ekonomi negara

•Mengurangkan pencemaran udara

•Mengurangkan kesan “rumah hijau” dan pemanasan sejagat

PERINTIS PENDIDIKAN TENAGA

CETREE TINGKAT KT

Pencemaran daripada Penghasilan Tenaga

Aktiviti manusia dan perindustrian (penggunaan tenaga) menghasilkan gas-gas seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida. Pembakaran bahan api juga menghasilkan zarah-zarah pencemar udara dan berlakunya hujan asid.


Guna Tenaga Ancam Alam Sekitar

Tenaga dalam kehidupan kita

Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, tetapi boleh dipindah dalam bentuk yang lain.

Sumber dan Asal Tenaga

Sumber tenaga ialah bahan-bahan api yang boleh digunakan untuk memberikan kita cahaya, penyejukan, gerakan dsb. Semua tenaga berasal daripada matahari dan didapati dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk pelbagai tujuan

Sumber tidak boleh diperbaharui (bahan api fosil)

Sumber yang akan habis dan terbentuk menerusi pereputan tumbuhan dan haiwan sejak berjuta-juta tahun

•Minyak

•Gas

•Arang batu

•Uranium

Sumber diperbaharui

Sumber yang boleh diperbaharui

•Tenaga suria (cahaya matahari)

•Biojisim (pokok, tumbuhan, tanaman)

•Angin

•Hidro dan gelombang

•Bahan buangan

Sumber Tenaga

Sumber bagi tenaga primer yang memberi kuasa kepada dunia moden masa kini terdapat dalam pelbagai bentuk dan sumber ini termasuklah bahan api fosil (seperti batu arang, minyak dan gas asli), sumber tenaga yang boleh diperbaharui (seperti angin, suria, hidro dan biojisim), dan kuasa nuklear.

Tenaga primer biasanya ditukar menjadi tenaga sekunder seperti elektrik, wap, penyejukbekuan dsb. untuk kegunaan komersial yang produktif.

Di Malaysia kira-kira 90% kuasa elektrik dijanakan daripada bahan-bahan fosil yang tidak boleh diperbaharui.

Pengeluaran utama tenaga elektrik negara

•Bagi menghasilkan 1 unit tenaga elektrik, lebih daripada 2 unit tenaga gas mesti digunakan.

•Lebih separuh daripada tenaga disingkirkan sebagai haba buangan.

Apakah sumber tenaga yang digunakan di Malaysia dan untuk apa (1999)?

RE & EE Books Publish by CETREE

As part of the effort to promote and to educate RE & EE among students and general publics, several books was published.

The Establishment of CETREE in Malaysia

Related to the Malaysia's energy policies, the government among others established the Centre for Education and Training in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) to promote the implementation of RE & EE in the country. The centre is established in October 2000 and is the focal point in the network based at Universiti Sains Malaysia for development of information materials to raise general awareness on RE and EE. In the 8th Malaysian Plan, CETREE is mentioned to be Malaysia’s new Education and Training Center. Supported by DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development) / DANIDA until March 2003 and was extended another year (until March 2004). CETREE's focus and activities is to organise RE&EE Education & Training to four target groups SCHOOL, UNIVERSITIES, PROFESSIONALS, GENERAL PUBLIC awareness. Along the implementation program & projects, CETREE’s Output were 1.Implementation of the CETREE network
2.Study tours in Malaysia and to Denmark, 3.External Courses for Professionals, 4.Secondary school curriculum including RE and EE, 5.Co-curriculum program on RE and EE
6.Energy and Environment program, a two credit course for final year university students. 7.An information kit on RE and EE, 8.Publicity material for general awareness on RE and EE
9.A mobile exhibition on RE and EE, 10.A website on RE and EE technologies, applications and activities, 11.Evaluation of CETREE project.

Tuesday, October 13, 2009

Objektif Terhadap Polisi Tenaga Negara Malaysia

Dalam rancangan ke 8, kerajaan telah menjelaskan tentang objektif terhadap polisi tenaga Negara. Terdapat tiga objektif utama:-

  • Objectif Bekalan:
    • Bekalan tenaga yang terjamin, mencukupi, berkualiti dan cost-efektif. Sehubungan dengan ini juga untuk tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tenaga, malahan mempromosikan Tenaga Diperbaharui.
  • Objectif Penggunaan:
    • Penggunaan tenaga yang cekap, produktif serta tiada pembaziran.
  • Objectif Alam Sekitar:
    • Meminimakan kesan nagatif terhadap alam sekitar.